Selamat Datang ke blog Qua² Sg. Langat!

Qua² adalah program ulung LUAS bersama orang ramai terdiri dari sekolah dan komuniti untuk memantau tahap kualiti air sungai serta pendedahan awal kepada kesedaran memelihara, menjaga dan menghargai sungai sebagai sumber air yang utama. Jadi kepada semua member..lets do our part to save our rivers....

Pelancaran Program Qua² di Sg. Liam 29 Jun 2008 (Ahad) oleh Y.B. Dato' Dr. Hasan bin Mohd Ali

Pelancaran Program Qua² di Sg. Liam 29 Jun 2008 (Ahad) oleh Y.B. Dato' Dr. Hasan bin Mohd Ali

Saturday, August 7, 2010

Qua-Qua Bersama IKBN Dusun Tua, Hulu Langat

Pada 17 April 2010, satu Program Qua-Qua telah diadakan bersama 30 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat bertujuan untuk memantau kualiti air Sg. Semungkis

Program tersebut diadakan di Agrotek Garden Resort, Batu 14, H.Langat dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor.

Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Semungkis adalah bersih.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.

Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)